Blog

Find your property & financial tips here!

Apa yang perlu kita tahu tentang RPGT/CKHT

Real Property Gain Tax (RPGT) atau Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ialah cukai yang dikenakan untuk hartanah di Malaysia apabila pemilik menjual hartanah yang dimiliki.

Untuk rumah, sekiranya hartanah yang dimiliki dijual dalam tempoh masa kurang dari 5 tahun, kita akan dikenakan RPGT/CKHT. Tempoh pengiraan dikira dari tarikh kita menandatangi S&P atau sekiranya tiada S&P ianya akan dikira dari tarikh pindah milik hartanah tersebut.
.
Walaubagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, pengecualian untuk RPGT/CKHT ini boleh dibuat. Pengecualian yang dibenarkan ialah:

1) Sekali seumur hidup
2) Harta Tanah sebagai hadiah kepada keluarga
a. Isteri kepada suami atau sebaliknya
b. Ibubapa kepada anak atau sebaliknya
c. Datuk/Nenek kepada cucu atau sebaliknya.

Keuntungan akan dikira berdasarkan harga beli & harga jual Hartanah tersebut dengan beberapa kos yang boleh ditolak darinya iaitu:

1. Yuran ejen hartanah
2. Yuran peguam
3. Kos baikpulih
4. Duti Stem
5. Interest bank untuk hartanah under-construction

Kadar kiraan cukai berbeza bergantung kepada tempoh masa pegangan hartanah tersebut.

 

ZAI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *