Blog

Find your property & financial tips here!

Perunding Hartanah Ini Kongsikan 7 Perkara Penting Untuk Anda Semak Dalam Membuat Keputusan Membeli Rumah

Membeli rumah merupakan satu keputusan yang besar kerana ianya melibatkan kos yang banyak seperti pengeluaran deposit dan juga fi guaman.

Antara proses yang perlu dilalui dalam melakukan transaksi jual beli rumah ialah melihat keadaan rumah atau disebut juga sebagai ‘viewing’ oleh ejen hartanah.

Bagi pembeli rumah pertama, pastinya mereka tertanya-tanya apa yang perlu disemak ketika proses ‘viewing’ ini.

Sarina Saleh yang juga merupakan seorang Perunding Hartanah berkongsi 7 perkara penting untuk anda semak ketika sesi ‘viewing’ rumah ‘subsale’ atau ramai memanggil sebagai rumah ‘secondhand’.

Ini perkongsian beliau,


1. SEMAK KEBOCORAN PADA SILING & DINDING RUMAH

Kawasan yang selalu ada kebocoran adalah pada siling di dalam bilik air, area tangki air & juga kawasan dapur. Jika ada kebocoran jangan lupa ambil gambar sebagai bukti untuk berdiskusi dengan pihak owner. Ada waktunya owner akan baiki kebocoran sebelum serahan kunci tetapi ada juga owner yang memilh untuk beri diskaun dari harga jualan.

2. SEMAK PLUG, KIPAS & LAMPU

Anda dicadangkan untuk membawa “test pen” untuk check plug sama ada masih berfungsi atau tidak. At least anda boleh estimate kos untuk baiki. Ingat ini adalah rumah subsale bukan semua dalam keadaan sempurna seperti rumah underconstruction. Rumah undercos ada defect liability period. Rumah subsales tiada. Nak tak nak anda masih perlu keluarkan sedikit wang untuk baiki beberapa pekara.

3. BARANG APA YANG AKAN OWNER TINGGALKAN

Kenal pasti barangan apa yang owner akan tinggalkan. Pastikan anda ambil gambar sebagai bukti dan masukkan list barangan & total items dalam borang “Offer To Purchase” untuk mengelakkan kecelaruan sewaktu serahan kunci. Ada kes yang mana owner janji tinggalkan aircond, kipas & lampu. Namun waktu serahan kunci semua barangan tersebut hilang dari rumah. Anda boleh claim dari owner jika mereka tidak mengotakan janji dengan syarat semua list barangan tersebut ada dalam SPA.

4. TENGOK SIAPA BAKAL JIRAN ANDA

Cuba interview orang sekeliling. Macam mana komuniti kawasan tersebut. Ada kes rompakan/kecurian. Ada group whatsapp Jiran Tetangga atau tidak. Kejiranan yang akrab atau tidak. Bagaimana waktu perayaan ada yang meronda atau tidak. TETAPI sila check semula informasi dengan Agent/Owner rumah tersebut. Sebab ada juga jiran tetangga yang memberi informasi salah kepada bakal pembeli.

5. APPROVAL UNTUK RENOVASI
Jika rumah yang anda ingin beli ada menambah keluasan luar rumah. Haruslah mesti dengan kebenaran majlis perbandaran. Pastikan anda lihat dahulu dokumen terbabit kerana ada kes yang owner kata ada kebenaran. Namun setelah kunci bertukar tangan pihak majlis perbandaran dapati renovasi terdahulu dilakukan tanpa kebenaran mereka. Sudahnya pemilik baru perlu membayar denda kepada majlis.

7. JARAK RUMAH KE OFFICE/SEKOLAH

Sebelum beli, biasakan untuk check jarak rumah ke sekolah & office. Sangat penting kerana kadang2 dalam maps tunjuk 7min je ke office. Tetapi bila anda drive, jarak perjalanan sebenarnya adalah 17min. Makin jauh rumah dgn sekolah & office makin banyak kos bulanan anda nnt. Namun jika beli untuk investment criteria seperti hospital, public transport, mall, university, easy access to highway lebih utama.

6. PENGESAHAN PEMILIKAN
Sebelum anda transfer booking, tiada masalah untuk anda mengesahkan hak pemilikan hartanah tersebut dengan Agen anda. Minta lihat copy geran/s&p jika keadaan memerlukan. Tetapi ingin diingatkan, jika rumah tersebut unit hot & anda ambil masa nak buat pengesahan itu ini. ada kemungkinan unit anda disambar orang.

7. JMB

Check dgn Agent & JMB jika bil air/letrik bayaran secara pukal/ individu untuk kediaman berstrata/bertingkat. Berapa maintenance fee/month.                         ”

Sekarang anda dah tahu apa yang perlu dibuat ketika sesi viewing. Penting sebagai pembeli untuk anda mengenalpasti dan membuat semakan seperti yang disarankan supaya tidak ada masalah berbangkit dikemudian hari.

 

Nota:

Posting asal:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157055434447908&id=562842907

One Comment

  1. Technologies for life which are in demand every day! search on] world map free you can use usa-map.online] site.
    satellite] Afghanistan, Albania, Bangladesh, Bosnia and Herzegovina, Estonia, Dominica or Dominican Republic, Germany map every city street] high accuracy level of technology. location on] Bolivia or Bulgaria, exotic Congo or Ecuador, cold Iceland, Indonesia map city or wild places].
    Constantly changing view] of map of United Arab Emirates, Oman, South Korea and satellite photo] are available.
    For tourists reliable and convenient search address and location] on a map of Nepal, Georgia, Italy, Egypt, Japan, New Zealand, Vatican, Vietnam scheme].
    satellite] covers vast expanses on United States of America, Canada or Russia map on] all continents. Use this map right now.

    Location Map of Wyoming

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *