Betul ke Loan ASB boleh sebabkan Loan Rumah kena Reject?
Selalunya jika prospect buyer bagitau beliau mempunyai ASB Financing ketika proses semakan kelayakan, Zai akan tanya soalan ni. Dah berapa lama buat financing? & berapa lama ikat? (tempoh pembiayaan).
Kenapa Zai tanya soalan ni? Macam takde kaitan je.
Ketika saringan kelayakan, selalunya prospect buyer hanya akan berikan jumlah bayaran bulanan sahaja. Maklumat berkenaan bayaran bulanan kepada bank ini diperlukan untuk tujuan pegiraan DSR.
Tempoh pembiayaan akan mempengaruhi jumlah bayaran bulanan. Semakin rendah tempoh pembiayaan, semakin tinggi bayaran bulanan. Jika prospect buyer bagitau bayaran bulanan beliau RM1100 & diikat selama 10 tahun sahaja, jadi Zai boleh buat anggaran yang jumlah ASBF dia ialah RM100k.
Melalui jumlah ASBF tersebut Zai boleh buat kiraan dividen yang beliau akan dapat setiap tahun.
Untuk sesetengah bank, dividen dari ASB akan dikira sebagai income. Manakala bayaran bulanan ASBF tersebut dikira sebagai komitmen.
Katalah beliau (prospect buyer) ada ASBF RM100k dengan tenure 30 tahun. Anggaran bayaran bulanan ASBF ialah RM550. Manakala dividen yang beliau dapat pula ialah RM6,750 bersamaan RM562 setiap bulan.
Dalam keadaan ini, dividen ASB tersebut akan membantu prospect buyer untuk mengekalkan DSR walaupun beliau mempunyai komitmen ASBF.
Namun ianya berlainan sekiranya tempoh pembiayaan lebih pendek.
Berlainan dengan pembiayaan ASBF dengan tempoh pembiayaan yang maksimum, tempoh pembiayaan yang lebih singkat akan mempengaruhi DSR seseorang.
Katakan prospect buyer mempunyai ASBF RM100k dengan tempoh pembiayaan selama 10 tahun.
Anggaran bayaran bulanan untuk ASBF beliau ialah RM1,100. Manakala anggaran dividen tahunan yang diterima ialah RM6,750 iaitu bersamaan RM562.
Pendapatan dari ASB yang lebih rendah jika dibandingkan dengan komitmen ASBF secara langsung akan mengurangkan DSR prospect buyer.
Kenapa soalan “dah berapa lama buat ASBF?” ditanya bila nak buat pengiraan kelayakan?
Macam ni.
Katalah prospect buyer baru buat ASBF bulan 1 tahun 2017. Maksudnya, beliau masih lagi belum mendapat dividen dari ASB beliau.
Jadi, hanya bayaran bulanan ASBF yang akan diambil kira sebagai komitmen manakala, pendapatan dari dividen ASB hanya akan dikira setelah beliau menerima dividen sahaja.
Ini akan merendahkan DSR prospect buyer.
Perlu diingatkan, tidak semua bank akan mengambil kira dividen ASB sebagai pendapatan. Maka rajin2kan diri untuk walk in ke bank untuk bertanya.
Sebagai pelabur, baik pelabur hartanah mahupun pelabur ASB, rancang sebaiknya supaya objektif pelaburan kita tercapai.
Sekiranya DSR anda cukup2 makan & hanya boleh memilih antara ASB & membeli rumah, pilih yang terbaik mengikut kesesuaian. Jangan tamak nak buat keduanya serentak.
Tapi kalau DSR anda membolehkan anda mendapatkan kedua2nya, silalah bersikap tamak.
Orang tamak ni tak selalunya rugi..
Zai