Blog

Find your property & financial tips here!

Macam Mana Nak Buat Pembiayaan Perumahan Walaupun Takde Slip Gaji

Teringin nak beli rumah sendiri tapi tak boleh buat pinjaman sebab kerja sendiri dan takde slip gaji?

Korang tau tak. Walaupun kerja korang takde slip gaji tapi korang sebenarnya boleh buat pembiayaan perumahan. Asalkan korang kerja dan ada income. Kalau tak macam mana nak bayar pembiayaan rumah korang.

Betul ke? Ingat bank senang-senang ke bank bagi pembiayaan kalau takde slip gaji!

Betul gaiss!! iols tak tipu….

Kalau korang takde slip gaji tapi korang nak memiliki rumah sendiri tapi takde duit nak beli cash, korang boleh mohon pembiayaan perumahan di bawah skim SJKP.

SJKP ni adalah Skim Jaminan Kredit Perumahan yang mana setiap pembiayaan perumahan yang ditawarkan oleh bank akan dijamin oleh SJKP. Ini adalah inisiatif kerajaan supaya rakyat Malaysia yang bekerja sendiri seperti Petani, Nelayan, Pesawah, peniaga kecil, gig worker dan sebagainya dapat akses kepada pembiayaan perumahan dari bank.

Takkanla bank nak bagi pembiayaan tak tengok slip gaji? Tak logik pulak. Eh!! Siapa kata bank tak tengok. Bank nak tengok bukti pendapatan tapi tak semestinya dari slip gaji.

Untuk melayakkan korang dapat skim SJKP ni, syarat kat bawah ni korang kena pass dulu:

  1. Berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pembelian rumah pertama sahaja.
  3. DSR tidak melebihi 65% dari gaji kasar.
  4. Rekod CCRIS tidak melebihi 2 bulan selama 12 bulan terakhir.
  5. Takde rekod kredit buruk dalam 24 bulan terakhir.

Antara bukti pendapatan yang boleh diterima untuk skim SJKP ni adalah surat pengesahan pendapatan dari JKKK atau Pegawai kerajaan kategori A, Penghulu/Ketua Kampung.

(Sumber: SJKP website)

Macam mana nak mohon? SJKP bekerjasama dengan beberapa buah bank yang mana salah satu darinya adalah Bank Rakyat. Jadi, korang boleh pergi ke Cawangan Bank Rakyat yang berdekatan untuk memohon pembiayaan perumahan di bawah skim SJKP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *