Syarat Kelayakan Pembelian Rumah Kos Rendah (Subsale) SELANGOR
Ketika kita merancang untuk membeli rumah, pastikan kita kena tahu status rumah tersebut samada rumah berstatus kos rendah ataupun kos sederhana. Ini kerana, rumah berstatus kos rendah memerlukan kelulusan dari Kerajaan Negeri.
Tanyakan dahulu dengan pemilik rumah akan status rumah tersebut dan semak kelayakan pemilikan rumah kos rendah sekiranya rumah tersebut berstatus kos rendah.
Sekiranya kita membuat pembelian rumah menggunakan khidmat Perunding Hartanah (PH), mereka akan menyemak dahulu kelayakan kita samada layak atau tidak untuk meneruskan pembelian rumah berstatus kos rendah.
Berikut ialah syarat pemilikan rumah kos rendah (SUBSALE) di Negeri Selangor:
1. Warganegara Malaysia,
2. Berumur 18 tahun ke atas,
3. Tinggal / Bekerja di Negeri Selangor,
4. Diri Sendiri & Pasangan Masih belum memiliki rumah,
5. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000,
6. Pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun.
Kita boleh teruskan dengan proses jual beli rumah kos rendah sekiranya kita layak syarat di atas.
ZAI