Nak Beli Rumah Tapi Takut Sebab Tak Tahu Nak Mula Dari Mana? Baca 5 Panduan Bagaimana Membeli Rumah Ini.
Sakit hati bila tengok iklan rumah rumah ada perkataan ‘SERIOUS BUYER’. Apa! Ingat kita ni tak serius ke?? Bila kita survey rumah tu maksudnya nak beli la. Tak serius lagi ke?? Nak yang macam mana baru nak kata serius?? Grrrr…
Geram kan?? Dah-dah jangan marah-marah.. Meh Zai bagi tips macam mana nak jadi serious buyer time nak beli rumah.
Nak beli rumah bukan macam nak beli barang kat pasaraya. Harga rumah melibatkan harga ratusan ribu. Untuk pembeli rumah pertama, perasaan gusar pasti ada. Mana taknya nak buat keputusan yang besar dalam hidup. Zai senaraikan apa yang perlu kita buat bila kita plan nak beli rumah & sekaligus dikategorikan sebagai ‘SERIOUS BUYER’
1. SEMAK KELAYAKAN
Nak beli rumah perlu ada ‘budget’. Kalau kita pergi shopping pun, Ada RM100, kita Cuma boleh belanjakan RM100. Tak boleh belanja lebih. Begitulah juga konsepnya kalau nak beli rumah.
Semakan kelayakan ni bertujuan untuk kita mengenalpasti berapa harga rumah yang kita boleh beli ataupun berapa jumlah pembiayaan kita boleh lepas. Macam mana nak tau berapa kelayakan kita?
Ada dua cara. Cara pertama, boleh pergi ke bank jumpa pegawai bank bahagian pembiayaan rumah untuk mengetahui kelayakan pinjaman. Jangan pula pergi melenggang kangkung. Bawa bersama slip gaji untuk tujuan semakan. Senaraikan juga semua komitmen bulanan kepada bank seperti pinjaman kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan lain-lain pinjaman. Kalau ada PTPTN tu jangan lupa masukkan sekali.
Cara yang kedua, anda boleh tanyakan terus perunding hartanah. Mereka boleh membantu anda mengira kelayakan pinjaman anda. Maklumat yang sama juga diperlukan.
Kena ingat, semakan kelayakan ni cuma untuk mengenalpasti berapa harga rumah yang kita boleh beli atau berapa jumlah pembiayaan yang kita boleh dapat dan bukanlah ‘guarantee’ yang pinjaman kita boleh lepas.
2. KOS MEMBELI RUMAH
Bila kita merancang nak beli rumah, antara perkara penting yang kita perlu tahu ialah kos yang terlibat dalam pembelian rumah. Kebanyakan dari pembeli rumah pertama cuma bersedia dengan 10% deposit tanpa menyediakan kos guaman dan kos-kos lain yang berkaitan.
Walaupun ada pemilik rumah yang mungkin bersedia untuk pengeluaran KWSP, dalam keadaan ekonomi sekarang, kebanyakan pemilik tidak mahu menunggu lama untuk pengeluaran KWSP. Mereka lebih mengutamakan pembeli yang bersedia dengan tunai ditangan. Oleh itu, adalah lebih baik jika bersedia dengan simpanan sebanyak 10% dari harga rumah.
Selain deposit, kita perlu juga menyediakan kos guaman, duti setem, dokumen pinjaman dan juga ‘valuation fee’. Anggaran untuk kos-kos ini ialah 5% dari harga rumah. Secara keseluruhannya, kita perlu ada 15% simpanan sekiranya kita merancang untuk membeli rumah.
Yang seronoknya untuk pembeli rumah pertama, bermula 2017 pengecualian duti setem pindah milik & dokumen pinjaman akan dikecualikan untuk rumah bernilai RM300k ke bawah. Manakala untuk rumah pertama yang bernilai RM300k ke atas sehingga RM500k sejumlah diskaun akan diberikan untuk duti setem pindah milik dan dokumen perjanjian.
3. CARI RUMAH
Kita sebenarnya telah cukup bersedia dan boleh dikatakan ‘SERIOUS BUYER’ sekiranya kita telah menepati senarai nombor 1 dan nombor 2 di atas.
Dalam proses mencari rumah, kita perlu tahu tujuan kita membeli rumah tersebut. Sebagaimana kita mencari kasut untuk tujuan bersukan, jangan pula kita mencari selipar jepun yang digunakan untuk ke tandas.
Ada antara kita yang membeli rumah untuk dijadikan kediaman, ada pula untuk disewakan dan ada juga untuk dijual balik (flipping). Setiap tujuan pembelian akan mempengaruhi jenis rumah dan lokasi rumah tersebut.
Antara medium yang menjadi tempat untuk mencari rumah ialah Mudah.my. Sekiranya ada Perunding Hartanah yang kita kenal, minta saja bantuan Perunding Hartanah tersebut untuk mencari rumah yang kita mahukan. Berikan maklumat yang diperlukan mengikut ciri-ciri rumah yang kita perlukan supaya senang pencarian Perunding Hartanah tersebut.
Apabila rumah yang ingin dibeli sudah ditemui, setkan masa untuk ‘view’ rumah tersebut.
4. TINJAU KAWASAN
Sebelum ‘view’ rumah, kita digalakkan untuk pergi melihat dan meninjau kawasan rumah yang bakal kita lihat. Nak tengok apa?? Bergantung kepada tujuan pembelian rumah tersebut.
Kadang-kadang, ada yang nak beli rumah untuk disewakan tapi apabila melihat tempat ‘parking’ selalu penuh & adakalanya bertindih, terus membuat keputusan untuk tidak membeli. “Susah nak parking” katanya. Kenapa kita tak fikir dulu kenapa ‘parking’ sentiasa penuh? Bukankah penuh itu maksudnya lokasi tersebut menjadi pilihan untuk disewakan yang mana sesuai dengan tujuan kita untuk membeli rumah untuk disewakan.
Bila kita dah tinjau kawasan, kita dah tau keadaan tempat tersebut dan kita dah tau potensi tempat tersebut berdasarkan tujuan pembelian kita, lebih senang untuk kita membuat keputusan. Apa yang kita perlukan hanyalah untuk melihat keadaan rumah sahaja.
5. ‘VIEWING’
Memandangkan kita dah tau kawasan dan keputusan kita dah lebih kepada membeli dan hanya tinggal nak tengok keadaan rumah sahaja, kita boleh terus bersedia ‘booking/earnest deposit’. Sekiranya belum dan selepas kita ‘view’ rumah tersebut dan kita membuat keputusan untuk membeli disarankan supaya bagi keputusan dengan cepat supaya kita tidak terlepas peluang untuk membeli rumah yang kita telah ‘view’.
Sekiranya kita membuat keputusan untuk tidak membeli rumah yang sudak kita ‘view’ maklumkan kepada Perunding Hartanah atau owner yang kita tidak berminat untuk membeli rumah tersebut. Kita boleh minta untuk Perunding Hartanah untuk mencari rumah lain mengikut ciri-ciri yang kita mahukan.
Diharapkan tips ini dapat membantu anda yang sedang merancang untuk membeli rumah.
ZAI